Isnin, 15 November 2010

pantun 4

nampak pipit sama rata
enggang juga jadi keliru
itulah asal pembuka kata
pilihan hati biarlah satu

rumahnya datuk permaisuri
jadi tumpuan para pedagang
tidakkan hamba sampai ke mari
hajat untuk datang meminang

tinggi lagi asapnya api
bau asap masuk ke hidung
tinggi lagi harapnya hati
sudah lama menahan mendung

harum semerbak di dalam taman
dipetik sekuntum selit di rambut
hendak menyunting bunga di taman
harap tangan tuan menyambut

pungguk merindu dengan berangan
bulan juga ternanti-nanti
tapak tangan satu perjuangan
biarlah kekal bersatu hati

dicantum dengan paku belanda
kuat cantuman tiada terlerai
adat berdiri dengan tanda
hantaran tinggi kaca berderai

mari di pakai tuan puteri
tuan puteri nampak jelita
bila sampai masa dijanji
kekasih ditunggu tak kunjung tiba

banyak perahu di tepi pantai
tunggu nelayan membawa jala
asal hajat dapat disampai
biarlah kekal aman bahagia
tinggalkan komen anda nanti aku jawab k

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright© All Rights Reserved cinta yang sempurna